MSC Cyberport dan Tajdid Corporation Tandatangani MoU Bandar Pintar
Kuala Terengganu, 14 Oktober 2025 – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSC Cyberport Sdn Bhd dan Tajdid Corporation Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya sempena Terengganu Smart City Activation Day 2025 yang diadakan di The Langit Duyong Marina Resort, Terengganu.
Majlis menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Encik Salikon Bin Sarpin, Timbalan Pegawai Eksekutif MSC Cyberport Sdn Bhd, dan Encik Syed Norimanuddin Bin Syed Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Tajdid Corporation Sdn Bhd.
Upacara ini turut disaksikan oleh:
– YB Dato’ Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu
– YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu
– YBhg. Dato’ Haji Rosli Bin Latif, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) / Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri
Pemeteraian MoU ini menandakan komitmen dan kesepakatan strategik antara MSC Cyberport dan Tajdid Corporation untuk bekerjasama dalam merealisasikan inisiatif bandar pintar (Smart City) di Negeri Terengganu.
Kerjasama ini bakal menjadi platform penting dalam memperkukuh pembangunan digital negeri melalui penerapan teknologi inovatif, penyelesaian pintar, dan ekosistem digital yang mampan — selaras dengan aspirasi Terengganu menuju ke arah negeri pintar dan berdaya saing digital.
